Friday, December 10, 2010

Gambaran Hari Qiamat

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.


✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.


Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Kelas KAFA 2011

Kepada semua penduduk Islam Taman Mahsuri yang ingin menghantar anak mereka ke kelas KAFA 2011 di Surau bolehlah menghubungi AJK untuk mendapatkan borang pendaftaran. Bayaran pendaftaran RM50.00 bulanan RM20.00 untuk bayaran kepada ustazah dan pengurusan surau. Harap maklum

Friday, November 12, 2010

Keburukan Coca-cola

"Setiap hari selasa ngan rabu aku mesti minum air coke nie lepas training rugbi. Memang sedap air nie. Sedap giler! korunk pun mesti ade yg suke air nie. Sama ada korunk tau atau x, sebenarnya air coke nie ade 10 'kebaikan' yg x disangka-sangka. Aku dpt bende nie dari emel yg member aku bagi. Ape lagi!!

" Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.

Di dalam kebanyakan negeri di US , kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka guna? Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :

1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!

2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?

3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!

4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.

6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.

7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/ melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap.Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!

8. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni!
Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.
Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. . Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.


9. Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni!

10. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah

Kenapa Orang Yahudi Tak Minum Coke dan Pepsi

Disampaikan oleh seorang sahabat.....Assalamualaikum kengkawan... last weekend, ada ustazah usrah kami beritahu... masa dia belajar kat. mesir dulu, dia punya lecturer ada cerita... dulu ada sorang mamat yahudi ni datang egypt to study the muslims' lifestyle kat sana setelah serangan secara fizikal ke atas umat Islam tak berjaya. dianak carik jalan untuk serang cara lain. tapi Alhamdulillah, dia telah diberi hidayah semasa dia dok study umat Islam kat mesir tu. dia beritahu lecturer ustazah ni, one of the things the jews do untuk hapuskan keturunan umat Islam is to produce coca cola & pepsi yang di dalamnya ada chemical to retard the reproduction organs for both men & women. menurut mamat tu, kat israel tak ada jual coke & pepsi sbb diorg tahu apa kandungan kat dalamnya and since jew is agama keturunan, diorg tak nak le mandul! kalau korang pernah terima forwarded email pasal bertapa
cidicnya coke tu sampai boleh dissolve tulang & gigi (calcium containing compounds) and boleh buat cuci
toilet! and for ladies, kalau minum coke boleh cause menstruation if you're a wee bit late. so kalau minum banyak & atthat time baru lekat zuriat, ada chances keguguran le, kan ? Therefore, untuk kemakmuran umat Islam & untuk kesihatan & untuk tak support jewish companies,

Masih tidak pasti kesahihan artikel ini, namun jika ia benar bayangkan apabila ia masuk kedalam perut kita, bertambah sihatkah kita.. jika tidak benar pun lebih baik menjauhi, bukan kerana kesihatan sahaja malah untuk agama kita..

Keburukan Facebook - Ust Zaharuddin

Semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan, melarang kemungkaran melalui facebook. Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya.
Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-
1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.
Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Sebagai contoh, ada yang secara terbuka mendesak suami membeli rumah, kereta, pinggan mangkuk, perabot, pakaian dan sebegainya melalui status mereka. Tertekanlah suami serba salah.
Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.
Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.
Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.
Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat ‘membaca’ dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang ‘perang dingin’ dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook.
Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.
2) Terlebih gambar
Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.
Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran’ nafsu.
Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan berdating, kahwin-padahal telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.
Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar, si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah ‘janganlah kamu menghampiri zina’.
Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang sehabisnya di facebook. Baca perihal ciri lelaki dayus di sini .
3) Penyamaran
Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend’ seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di interent, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.
Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkan friend untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.
4) Download gambar untuk simpanan dan tatapan.
Dimaklumkan juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah’ difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa’ yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.
Malangnya, golongan sebegini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan …’DOSA’. Simpan sahajalah gambar-gambar ‘kiut’ (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar.
Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke’kiut’an anda mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingkan wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat saham dosa.
5) Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.
Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini juga pernah ditulis oleh beberapa penulis lain seperti Ust Abu Umair dan Sdr Shahmuzir. Saya ingin menegaskan lagi tulisan mereka.
Ini adalah kerana, terdapat ‘trend’ menyebarkan gambar-gambar lama, dan kemudian meletakkan tagging kepada individu di dalam gambar. Perlu disedari, setiap gambar yang di’tag’, akan muncul dan boleh dilihat oleh semua friend, dan rakan kepada friend tersebut juga boleh menontonnya.
Ini boleh menjadi dosa, kerana :-
a- Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.
b- Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan ‘candid’, tetapi akibat ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di’tanda’ boleh dengan segera delete ‘tag’ itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh ‘untagged’ nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.
c- Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan, tambahan pula dia kini merupakan ‘seseorang’ yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak, semua perlu sedar..anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.
6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan
Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.
Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra caution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rkana lama. Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung. Lahirlah kata-kata, ‘zaman aku ekstrem’, ‘zaman solehah’, ‘waktu innocent’, zaman-zaman suci’, ‘itu zaman kuno dulu’, ‘itu masa duduk bawah tempurung’ dan lain-lain frasa yang sepertinya.
Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah?, kini tidak suci?. dan lain-lain. Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik.
KESIMPULAN
Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook.
Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama ‘ukhuwah’ untuk berbuat dosa.
Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin.
Sekian
Sumber: www.zaharudin.net

Sunday, October 10, 2010

Kelas Fardu Ain

Kelas Fardu ain akan diadakan di Surua As-Syakirin, Taman Mahsuri pada ketetapan berikut:
Tarikh: Minggu kedua cuti sekolah (November)
Waktu kelas: 9.00 pg - 12.00 tengahari
Bayaran : RM30.00/seorang
Terbuka kepada kanak-kanak berumur 7-12 tahun

Sila dapatkan borang daripada AJK Surau atau SU surau. Sila kembalikan borang tersebut selewat-lewatnya 1.11.10. Tempat adalah terhad.

Terima kasih

Ibadah korban 2010

Ibadah korban tahun 2010 akan diadakan di Surau As-Syakririn, Taman Mahsuri. Sesiapa yang berminat boleh berhubung dengan AJK surau. Bayaran seorang ialah RM350.00 dan boleh dijelaskan secara ansuran atau sekaligus. Tarikh korban akan dijalankan pada 20.11.10 di surau (Sabtu).

Program Berkhatan

Satu program berkhatan sempena cuti sekolah akan datang akan diadakan di Surau As-Syakirin, Taman Mahsuri, Padang Serai. Sesiapa yang berminat untuk program ini bolehlah berjumpa dengan AJK surau As-Syakirin.

Terima kasih

Thursday, September 30, 2010

Kelas Fardu Ain

Untuk makluman semua penduduk Islam Taman Mahsuri, Padang Serai - Kelas Fardu Ain sempena cuti sekolah akan diadakan mulai minggu pertama cuti sekolah (November. Waktu kelas ialah daripada pukul 9 - 12.00 tengahari dari hari Isnin hingga Khamis setiap minggu. Sesiapa yang berminat bolehlah berhubung dengan AJK surau. Tempat adalah terhad, siapa cepat dia dapat.

Terima kasih

JAMUAN HARI RAYA

Kepada semua penduduk Islam Taman Mahsuri, Padang Serai dijemput ke Majlis Jamuan Hari Raya pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh: 02.10.2010
Hari : Sabtu
Masa : Selepas Isyak

Semua dijemput hadir bersama keluarga.

Tuesday, September 7, 2010

WAKTU SOLAT SUNAT AIDILFITRI

SOLAT SUNAT AIDILFITRI SURAU AS-SYAKIRIN, TAMAN MAHSURI
JAM 8.30 PAGI. HARAP MAKLUM KEPADA SEMUA PENDUDUK TAMAN MAHSURI

Sunday, August 22, 2010

MAJLIS BERBUKA PUASA

Untuk semua makluman penduduk Taman Mahsuri, satu majlis berbuka puasa dan sumbangan kepada fakir miskin akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh: 28.8.2010
Hari : Sabtu
Jam : 5.00 ptg

Semua penduduk dijemput hadir beramai-ramai

Sunday, August 1, 2010

Ramadhan Al-Murabak

riuhsepi dingin dinihari
kumamah kalimah mengharap redha Illahi
sepajang hari meletakkan zahiri dan batini
di atas waras iman dijelajahi

kujelajahi kegelisahan yang dahaga
letih meniti hari mengutuh peribadi
tangkas menepis serangan sendiri
musuh dan lawan mengharum suci

ketika siap berbuka
kemenangan pula dahagakan cabaran lain
tarawih dan witir menjelmakan insan fakir
khusyuk patuh tunduk ke langit

ramadan almubarak
semarak kasih Illahi tak kemarau
gemuruh iman menakluk cahaya pedoman
hari-hari melayari kehidupan.

Puasa (صوم)

Secara bahasanya diertikan sebagai menahan diri. Disegi istilah syara' bermaksud menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenamnya.
Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur sesama sendiri. Secara tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap murni di dalam diri pelakunya. Adalah menjadi harapan kita agar kesemua nilai yang baik ini akan terus dipraktikkan ke bulan-bulan berikutnya.
Dalil [Firman Allah S.W.T:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
“Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum daripada kamu, supaya kamu bertakwa.” (Al-Baqarah : 183)

Hadis Rasulullah s.a.w: Ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud: “Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan......."

Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w telah bersabda: Janganlah kamu berpuasa sehari atau dua hari sebelum tiba bulan Ramadan melainkan orang yang biasa berpuasa dengan puasa yang tertentu maka bolehlah dia berpuasa.

Tingkatan Puasa
Imam al-Ghazali dalam bukunya Ihya al-'Ulumuddin telah membahagikan puasa itu kepada 3 tingkatan:
1. Puasanya orang awam (shaum al-'umum): menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa seperti makan dan minum.
2. Puasanya orang khusus (shaum al-khusus): turut berpuasa dari panca indera dan seluruh badan dari segala bentuk dosa.
3. Puasanya orang istimewa, super khusus (shaum al-khawasi al-khawas): turut berpuasa 'hati nurani', iaitu tidak memikirkan sangat soal keduniaan
Pembahagian di atas memberikan umat Islam ruang untuk berfikir dan menelaah tingkat manakah mereka berada.

Ramadhan.. antara ibadat dan adat

Dalam masa beberapa hari sahaja lagi, insyaAllah kita akan dikunjungi satu bulan yang mulia iaitu Ramadhan. Semoga dengan izinNya kita akan bertemu lagi bulan yang ditunggu-tunggu setelah 11 bulan berpisah.

Ramadhan adalah ibarat sebuah perhentian, perhentian dalam kehidupan kita seharian. Di mana di sinilah kita mendapatkan bekalan bagi menambah keimanan dan ketaqwaan, dan membersihkan diri daripada kelalaian 11 bulan yang lalu.

Saya petik dari kata-kata Ulama’ terkemuka kita pada hari Prof. Dr Yusuf Qardhawi, “Bulan Ramadhan adalan bulan untuk membuat kebaikan”. Tetapi berapa banyak yang kita lihat masyarakat pada hari ini terlalu sibuk dan alpa dengan urusan dunia seharian sehingga ramadhan yang dilalui berlalu begitu sahaja tanpa disedari daripada dipenuhkan dengan amal dan ibadah. Ia nya adalah satu fitrah ketentuan Allah, hanya sesiapa yang mencari hikmah dan kebaikan itu sahaja akan memperolehinya, yang akan dikurniakan hidayah kebaikan dari Yang Maha Kaya. Kita ambil contoh dari kisah para sahabat Rasulullah, seperti Shuhaib Ar-Rumy dan Salman Al-Farisi. Kedua-duanya bukan berasal daripada penduduk tanah arab, Mekah ataupun Madinah. Disebabkan oleh perasaan meluap-luap inginkan kebaikan; akhirnya mereka diberikan hidayah oleh Allah swt untuk memeluk islam, iaitu kebaikan di dunia dan akhirat. Sedangkan ramai lagi masyarakat Quraish jahiliah pada masa itu tidak mendapat hidayah untuk masuk islam walhal seruan islam diberikan kepada mereka setiap hari. Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih.

Hadis sahih riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda, “Apabila masuk bulan Ramadhan, terbukalah pintu-pintu rahmat dan tertutuplah pintu-pintu neraka serta terbelenggulah syaitan-syaitan (daripada merasuk mangsanya)”. Ini membuktikan kasih sayang Allah kepada makhluknya, memberi peluang keemasan untuk hamba-hambaNya bertaubat dan mencari kebaikan. Jika sudah berpuluh tahun umur kita, samalah tempohnya dengan Ramadhan yang kita temui (mungkin boleh tolak umur sblm aqil baligh). Tetapi sejauhmana kita berubah kerana Ramadhan? Yang lebih penting adakah kita masih terbelenggu dengan rutin harian kita atau bergelumang dengan dosa; sedangkan syaitan tiada untuk menggoda. Tinggal hanyalah nafsu kita yang tidak terdidik 11 bulan yang lalu, menjadi darah daging sehingga begitu liat hendak dilembutkan.

Al-Baqarah: 183, “Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar bertaqwa”. Hasil daripada tarbiyyah (didikan) Ramadhan yang sepatutnya kita semua dambakan adalah ketaqwaan sepertimana yang difirmankan oleh Allah dalam ayat tersebut. Perlu ada hasil yang boleh dinilai secara objektif seperti peningkatan solat sunat, kekerapan qiamullail dan juga hasil subjektif seperti solat di awal waktu, kurangnya perasaan dengki, lebih bersabar dsb. Untuk mendapatkan hasil tersebut perlulah ada niat yang betul sebelum melangkah ke bulan Ramadhan nanti, dan usaha yang bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya.

Mega Sales sempena hari raya adalah sesuatu yang dinanti-nanti oleh masyarakat kita pada hari ini, pasti berduyun-duyun akan membanjiri pusat membeli-belah setiap hari. Bulan Ramadhan juga boleh diibaratkan seperti Mega Sales yang ditawarkan oleh Allah. Setiap amal fardhu di bulan biasa akan mendapat 70 ibadah fardhu di bulan Ramadhan. Jadi jangan lepaskan peluang merebutnya, selagi stok umur masih ada.

Bagaimana pula dikatakan Ramadhan, antara ibadah dan adat. Adakah fenomena ini berlaku di kalangan masyarakat kita? Sama-samalah kita renungkan.

Ibadat
Adat

Mewujudkan suasana ibadat dengan berkunjung ke masjid, melaksanakan terawikh, memperbanyakkan qiamullail Raya diwar-warkan sehingga suasana Ramadhan tenggelam.
Lebih menumpukan kepada tarbiyyah (didikan & latihan) ruhiyyah, melatih jiwa dan mendidik nafsu Melupakan pengisian ruhiyyah, berlebihan dalam pengisian fizikal dengan juadah berbuka seperti pesta makan.
Melaksanakan terawikh, mengimarahkan surau dan masjid, memperbanyakkan amal terutamanya di 10 malam terakhir. Hanya di awal bulan sahaja masjid dipenuhi dengan jemaah, tetapi semakin lama semakin sikit terutamanya di akhir bulan kerana terlalu sibuk dengan persiapan raya.
Sedih dengan pemergian Ramadhan dan bersemangat dalam bertakbir kerana ianya tanda kemenangan melawan nafsu. Bulan merdeka daripada kekangan nafsu, lalu pesta hiburan semahu-mahunya.

Saya menyeru untuk diri saya dan pembaca semua agar kita muhasabah diri kita, sejauh mana persediaan kita untuk bertemu Ramadhan. Adakah kita terlalu excited kerana raya tidak lama lagi, atau kerana makanan yang lazat dan banyak ketika berbuka, pakaian baru dan sebagainya. Hidup di dunia terlalu singkat, ia diibaratkan oleh Allah swt hanya seperti antara waktu asar dan maghrib. Terlalu singkat berbanding kehidupan yang kekal di akhirat kelak. Adakah kita ingin mengejar kebahagian seketika atau kebahagiaan yang kekal abadi di jannah nanti? Bersihkan hati dengan solat dan puasa, sucikan niat mendapat kebaikan Ramadhan, dan yang penting jalinkanlah silaturrahim.

Sentiasa perbaharui niat kita untuk berubah dan mendapatkan kebaikan, kerana dengan niat semuanya terlaksana. Dengan niat yang tidak pernah kering di setiap langkahnya, Umar Abdul Aziz mampu menguasai empayar besar islam. Dengan niat dan usaha gigih (tidak pernah meninggal solat tahajjud sejak aqil baligh dan sentiasa bersama dengan peta kota tersebut), Sultan Muhammad Al-Fatih mampu membuka kota Constantinapole dalam usia yang muda lantas membenarkan kata-kata Rasullullah bahawa merekalah tentera yang terbaik dan beliaulah pemimpin yang terbaik.

Moga Ramadhan tahun ini lebih baik daripada tahun sebelumnya.

Wallahualam.

Saturday, July 24, 2010

BOIKOT BARANGAN ISRAEL & AMERIKA

________________________________________
Boikot Israel & Amerika – Senarai Barangan & Produk Israel & Amerika
9 01 2009

Berikut adalah senarai Syarikat dan produk mereka serta sumbangan mereka ke rejim Zionis dan Amerika:
Syarikat : Phillip Morris Produk : Rokok dan Makanan Jenama : Marlboro, Virginia Slims, Benson & Hedges, Winston, Gold Coast, Merit, Parliament, Alpine, Basic, Cambridge, Bristol, Bucks, Chesterfield, Collector’s Choice, Commander, English Ovals, Lark, L&M, Players and Saratoga, C? e d’Or, Philadelphia, Polo, Milka, Malabar, Marabou, Prince Fakta : 12 % keuntungannya adalah untuk Israel, Setiap hari umat Islam membelanjakan USD 800 juta untuk membeli rokok mereka, keuntungan purata 10% atau USD 80 juta sehari. JADI USD 9.6 JUTA DUIT ORANG ISLAM PERGI KE ISRAEL SETIAP HARI
Syarikat : Coca-Cola – McDonalds – Burger King – Pizza Hut ?KFC Produk : Minuman Jenama : Light Coke, Fanta, Sprite, Canada Dry, Crush, Schweppes, Minute Maid, Nestea, Dr. Pepper Fakta : Sejak 1966 Coca Cola meyokong penuh negara Israel. Coca Cola telah menerima anugerah tertinggi dari kerajaan Israel kerana lebih 30 tahun menyokong mereka serta membantah boikot Liga Arab terhadap Israel.
Syarikat : Nestle Jenama : Kit Kat, Perrier, Libby, Nescafe, Maggie, Buitoni, Nestea, Freskies, Vittel, Pure Life, Nido, Smarties, Lion, Polo, After Eight, Coffee Mate, Nesquik, Aero, Quality Street, Felix (cat food), Crosse & Blackwell, Milkmaid, Carnation, Shreddies, Baci Baby Ruth, Butterfinger, Milkybar, Frutips Fakta : Syarikat Swiss ini dimilikki 50.1% oleh syarikat Israel, Osem Investments. Pada tahun 2000 mengumumkan untuk melabur berjuta-juta dolar di Israel dalam R & D. Pada tahun Peter Brabeck-Letmathe bagi pihak Nestle menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.
Syarikat : Disney Produk : Disneyland, Euro-Disney, Jenama Disney, Kartun, Filem Fakta : Pameran Walt Disney Millennium di Epcot Centre Florida menonjolkan Jerusalem sebagai ibu negara Israel. Kos US 8 juta untuk pameran ini dibiayai US 1.8 juta oleh Israel untuk menentukan isi kandungan pameran. Ini adalah kempen Israel menggunakan Disneyland untuk menguasai Jerusalem sepenuhnya.
Syarikat : Delta Galil Industries Ltd. Produk : Pasaraya, Pakaian dan Kasut Jenama : JC Penney , Carrefour Nike, Reebok, Converse, Calvin Klein, Gap, Boss, Ralph Lauren, Banana Republic, Bauer, Wrangler, Dim, Old Navy Dockers, Celio, J. Crew , Caterpillar, Lou Riders, Pryca Fakta : Syarikat kain terbesar Israel. Pengasasnya Dov Lautman adalah kenalan rapat Presiden Israel ketika itu Ehud Barak.
Syarikat : Nokia Produk : Telekomunikasi, telefon bimbit dan elektronik Fakta : Nokia melabur begitu banyak di Israel dan memanggilnya PROJEK ISRAEL.
Syarikat : Danone Produk : Makanan, minuman dan biskut Produk : Evian, Alpina, LU Biscuits, Tuc, Volvic, Strauss dairy, Jacob biscuits, Danone yogart, HP foods, LEA & PERRINS, Sant? Galbani, Danao, Danette Fakta : Pada tahun 1998 Franck Riboud bagi pihak Danone menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel, Netanyahu. Anugerah tertinggi negara Israel untuk syarikat yang memperkukuhkan ekonomi Israel. Institut Danone, satu institut Penyelidikan dan Pembangunan telah di tubuhkan di Israel pada tahun
1998.
Syarikat : Johnson & Johnson Produk : Kesihatan. Fakta : Pada tahun 1998 Roger S. Fineon bagi pihak Johnson & Johnson, menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel Netanyahu.
Syarikat : Revlon Produk : Kosmetik Fakta : Jutawan Ronald Perelman yang memilikki Revlaon adalah seorang Zionis. Penyokong kuat Zionis Merupakan pemegang amanah Pusat Simon Wiesenthal Center yang menggunakan Holocaust untuk mendapatkan sokongan Zionisma dan Israel.
Syarikat : AOL Time Warner Produk : Media Elektronik dan Cetak Jenama : ICQ, Warner Bros, CNN, AOL, Times magazine Fakta : AOL memperuntukkan 30% daripada portfolio keuntungan di Israel. Pada tahun 1998 AOL menerima anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.
Syarikat : IBM Fakta : Mempunyai 1700 pekerja di Israel. Satu dari 3 syarikat yang disanjung semasa Jamuan Makan Malam Liga Persahabatan Amerika-Israel Untuk Demokrasi pada 25 Jun 2001 bersama Ariel Sharon.
Syarikat : L’Oreal Jenama : Giorgio Armani, Lancome, Biotherm, Garnier, Helena Rubinstein, Donna Karan, Vichy, Cacharel, Maybelline, Redken, La roche-posay, Carson Fakta : Setelah disaman US 1.4 juta kerana menulis surat pada Liga Arab bahawa mereka menutup kilang di Israel, mereka kemudian malbur dengan begitu banyak di Israel. Kongres Yahudi Amerika amat berpuas hati dengan L? real dan menganggap mereka sahabat akrab.
Syarikat : Intel Produk : Perkakasan komputer Fakta : Intel adalah penyokong kuat Israel. Pusat pembangunan pertama di luar Amerika didirikan di Haifa pada 1974.
Syarikat : Est? Lauder Jenama : Clinique, Tommy Hilfiger, DKNY, Aramis, Origins, Ko Malone, La Mer, Prescriptives, Bobbi Brown Essentials, Aveda, Jane, MAC Cosmetics, Kate Spade, Fragrances, Stila Fakta : Pengerusinya, Ronald Lauder, pernah menjadi pengerusi Persidangan Utama Kesatuan Amerika Yahudi. Juga adalah presiden Tabung Kebangsaan Yahudi yang fungsinya ialah untuk menghalalkan pengambilan tanah rakyat Palestin oleh Israel.
Syarikat : News Corporation Produk : 20th Century Fox, Star, SKY, New York Post, National Geographic Channel, News of the World, The Times, The Sun, Nursery World, The weekly Standard, Daily Telegraph, Harper Collins Fakta : Murdoch’s New Corp. melabur dengan begitu banyak di Israel.
Syarikat : Kimberly-Clark Produk : Huggies, Kotex, Kleenex, Scott, ANDREX products Freedom, Scottex Fakta : Pada tahun 1998 Robert P. Van der Merwe , Pengerusi Kimberly Clark , menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel Netanyahu, kerana sumbangan mereka dalam membangunkan ekonomi Israel.
LAIN-LAIN SYARIKAT
Syarikat : Procter and Gamble Produk : Kesihatan, sabun, syampu Jenama : Head & Shoulders, Pert Plus, Pentain, Always, Tide, Crest, Pampers, Lux, Palmolive, Camay, Zest, Ariel, Fairy, Signal 2, close up, colgate, Monsieur Propre, Oil of Olaz, Petrol Hahn, Pringles, Sanicroix, Tampax, Tempo, Vicks, Vizir, Yes Swiffer, Ace, Action 500, Bonux, Mr Clean
MARS INC – Bounty, M&M’s, Mars, Snickers, Twix, Uncle Ben’s, Whiskas, Pedigree, Balisto, Brebbies
HASBRO – Parker, Pokemon, Star Wars, Episode I, Monopoly, Brothers, MB, Playskool, Tiger
GILETTE – Braun, Duracell, Gillette, Oral-B, Paper-Mate, Parker, Waterman
COLGATE PALMOLIVE – Ajax, Palmolive, Tahiti, Axion, Bingo, Fabe, Felire, La croix, Mennen, Murphy, Paic
Haagen, Dazs Ben & Jerry, CAMPBELL, Kellogg, Canderel, Levis, Raid, Heinz.

SENARAI BARANGAN YANG MENGANDUNGI BAHAN BABI

Babi SUDAH JELAS HARAMNYA PERHATIAN KEPADA SEMUA UMAT ISLAM RISALAH INI DIEDARKAN OLEH DR. RASHEED MOS,UNIVERSITI MALAYA KL, PERSATUAN PENGGUNA MALAYSIA , MAJLIS AGAMA ISLAM MALAYSIA & JABATAN KASTAM MALAYSIA. KAJIAN TELAH DIBUAT OLEH MAHASISWA UTM, UUM, USM, UM, UKM, & CAP.
SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI LEMAK ****
> 1. Minyak Masak LAM SOON ( Cap Helang & Buruh )
> 2. Ubat Pearl Cream Arche ( Thailand )
> 3. Ajinomoto ( Thailand )
> 4. Ais Krim Harga RM1.00 ke atas
> 5. Semua tauhu buatan Orang Cina
> 6. Sabun LUX & Lotion Badan Buatan Malaysia , USA , & Thailand
> 7. Sabun FAB berbuku
> 8. Lobak Jeruk
> 9. Mee & Kueteow basah ( buatan Cina)
> 10. Krim Muka Hazeline Snow

SENARAI BARANG YG MENGANDUNGI ( KULIT ****, URI & BINATANG YANG TIDAK HALAL)
> 1. Semua Jenis Serbuk Mee Segera Terutama Maggi
> 2. Pucuk , Kulit Popia, Fish Cake & Bebola Ikan buatan Orang Cina
> 3. Daging Burger Import
> 4.. Sardin, Kari Ayam dlm tin & Yong Taufu buatan Orang Cina
> 5. Kasut Bola Jenis ‘ Gold Cup’
> 6. Berus Gigi Jenis ‘ Reach’
> 7. Mee Kering ( sanggol ) 15.Mee Rebus Tulang&Kiub Perasa Ayam
> 8. Semua sabun mandi yang diimport
> 9. Ajinomoto kecuali keluaran Kilang Lot 5710 Jalan Kuchai Lama KL
> 10. Semua jenis shampoo kecuali keluaran Orang Islam
> 11. Have Pearl Cream
> 12. Ramuan Kentucky Fried Chicken & Mc Donald
> 13. Ubat Kurap buatan Org Cina
> 14.. Beehon Segera Siam
> 16. Sabun Mandi Yang Berminyak

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI GELATIN ( LEMAK **** DAN BINATANG TIDAK HALAL )
> 1. Bosset Wine Gum
> 2. Dairy Milk Coklat
> 3. Coklat Cadbury/ Chewing Gum
> 4. Sugus Strawberry
> 5. Passer Doily Mixture
> 6. Trebo Mint Chewing Gum/ Peppermint
> 7. Scothes Vikmin
> 8. Share Extra Atrenght
> 9. Black Current Jelly
> 10. Royal Gulaman & Decart Oranges
> 11. Valvis Gelatin
> 12. Sarung Kapsul Ubat
> 13. Ais Krim dalam bekas plastik
> 14. Gula-gula Fruities
> 15 Cake Mets Vilber Punch
> 16 Coklat Cake
> 17 Tepung Kastard Lady’s Choice
> 18 Semua jenis Jelly
> 19 Semua jenis gincu bibir
> 20 Keseluruhan Jenis Sheisedo
> 21 Lady’s Choice Jelly

Merebut kelebihan Ramadan

BULAN depan, umat Islam di seluruh dunia akan meraikan ketibaan Ramadan, bermakna ketibaan bulan puasa yang sentiasa di tunggu setiap tahun.
Ramadan mempunyai pelbagai hikmah yang tiada terdapat di bulan lain kerana Allah memberi ganjaran berlipat ganda bagi mereka yang melakukan ibadat puasa, membaca al-Quran dan solat Tarawih.

Sempena kehadiran Ramadan, Yamani Angle Sdn Bhd menerbitkan buku, Ramadan Tiba Lagi yang ditulis Wan Mohd Noh Wan Hamat dan Rusnah Abu Samah.

Buku setebal 168 muka surat itu menceritakan dengan lengkap mengenai kelebihan Ramadan termasuk kaedah menentukan awal Ramadan, hukum puasa dan amalan sunat di bulan Ramadan.

Lebih menarik, buku ini memberi panduan mengenai jenis makanan yang sesuai di bulan puasa dari hari pertama hingga hari terakhir.

Ini secara tidak langsung mendidik umat Islam supaya mengawal nafsu ketika berbuka puasa bagi mengelak penyakit lain selepas Ramadan.
Kurma adalah makanan yang berkhasiat, malah ia menjadi santapan Nabi Muhammad s.a.w. Justeru, buku ini menceritakan keistimewaan buah itu dan cara mengambilnya ketika berbuka.

Puasa juga amat baik untuk kesihatan, malah ia dibuktikan secara klinikal. Dalam bab 12, penulis menceritakan kebaikan puasa terutama membantu membersihkan toksik dalam badan, menurunkan kolestrol dan tekanan darah tinggi.
Ia turut menceritakan jumlah air yang perlu diambil bagi membolehkan anda berpuasa dengan selesa sehingga waktu berbuka. Panduan mengambil vitamin turut diceritakan dalam buku ini.

Sesuatu yang menarik dalam buku ini, anda mendapat resipi Ramadan, antaranya bubur cha cha, bubur jagung, mi kari, bihun goreng Cina, mi tomyam dan laksa.
Selain itu, pelbagai hidangan air buah-buahan segar turut dimuatkan dalam buku ini.

Dalam erti kata lain, selain memberi penerangan lengkap mengenai Ramadan, puasa, solat tarawih dan panduan makanan, ia seperti koleksi 5 dalam satu untuk pembaca menghadapi ketibaan Ramadan.

SEORANG DOKTOR NEUROLOGI MENEMUI KEAJAIBAN ALLAH ……

Assalam Mu’alaikum Wbrth! Dan Salam Sejahtera!
Sahabat2 semua yang Islam dan juga yang Bukan Islam… bacalah Email ini dari sahabat yg menetap di US:
“Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran.
Dia adalah seorang Doktor Neurologi . Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan “Perubatan Melalui Al-Qur’an” . Kajian perubatan melalui Al-Qur’an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur’an. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) dan sebagainya. Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah . Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal. Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati Bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan Sembahyang!!!
Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk Beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam…… Begitulah keagungan ciptaan Allah!!! tidak menunaikan sembahyang , akan otaknya tidak Akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal!!! Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam ‘sepenuhnya’ kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini.”

Thursday, July 22, 2010

RAMADHAN: BULAN RAHMAT, BERAMAL SOLEH DAN BERPUASA

Bulan Ramadhan benar-benar memberikan pulangan yang besar dan ibarat pasar untuk dagangan ke akhirat. Ditamsilkan juga seperti tanah yang subur untuk bercucuk tanam menuju ke sana. Perbuatan yang hidup dan cergas di dalam bulan ini dikiaskan seperti hujan April yang turun pada musim bunga. Bulan ini juga merupakan festival yang amat mulia bagi orang-orang yang mengabdikan diri kepada tuhannya. (The Risale-i Nur Collection, Letters, The Twenty-Ninth Letter).
Seperti yang diungkapkan Bediuzzaman Said Nursi kepada kita melalui kalimat yang indah ini, bulan Ramadhan mempunyai kuasa suci bagi perayaan umat Islam. Umat Islam yang bertakwa dan hidupnya sentiasa mencari keredhaan Allah tidak akan mengabaikan kewajipannya untuk berpuasa sepanjang bulan ini dengan penuh semangat dan keghairahan.
Puasa, seperti yang diwajibkan Allah "Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa" (Surah al-Baqarah: 183) dan "...berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui" (Surah al-Baqarah: 184) merupakan tugas yang tidak ternilai faedahnya bagi umat Islam. Kewajipan yang dilaksanakan oleh semua umat Islam akan meningkatkan semangat perpaduan di kalangan mereka yang bertebaran di serata alam. Kenyataan ini berdasarkan dengan aktiviti yang dilakukan bersama-sama ini sekaligus menguatkan kekuatan spiritual. Nabi Muhammad s.a.w. juga memperincikan kepentingan Ramadhan seperti berikut:
"Hai manusia! Telah datang kepada kamu satu bulan yang mulia, bulan rahmat... dimana bulan ini mewajibkan kamu berpuasa di siang hari dan sukarela bersolat pada malamnya. Barangsiapa yang mendekati Allah dengan melakukan segala amalan sunat di bulan ini akan menerima ganjaran seperti melakukan amalan wajib di lain hari. Ini merupakan bulan kesabaran dan kesabaran itu imbuhannya syurga. Ini juga bulan sedekah dan bulan dimana rezeki orang beriman bertambah..." (Diriwayatkan Ibn Khuzaymah).
Berpuasa menjadi peluang keemasan bagi orang beriman yang benar-benar takutkan Allah dan kesempatan dimanfaatkan untuk mendekatkan diri pada-Nya. Melaksanakan perintahnya dengan bersabar menahan lapar sepanjang hari selepas melewatkan sahur dan sebelum menyegerakan berbuka menjadi bukti menuntut keredhaan Allah. Disebabkan itulah, orang Islam yang istiqomah mencari keredhaan Allah akan meraikan bulan ini dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan. Sepanjang bulan ini juga umat Islam akan memastikan setiap langkahnya dipenuhi dengan amalan-amalan yang diturunkan Allah selain menunaikan yang diwajibkan.
Tidak kurang juga mereka yang tidak mengamalkan hidup secara Islami di hari lain akan mengubah perilaku dengan berpuasa sepanjang Ramadhan. Ini kerana mereka percaya Allah akan membersihkan dan menyucikan kesalahan mereka dengan menunaikan kewajipan ini. Dengan itu, secara tidak langsung bulan ini bermakna seseorang itu akan mendekati agamanya dan meninggalkan perbuatan buruk yang dilakukannya.
Bulan ini juga sesungguhnya telah menurunkan kadar jenayah dengan peratusan yang tinggi di seluruh negara Islam. Penipuan, pengkhianatan, fitnah dan umpat mengumpat akan ditinggalkan kerana mereka menyedari akan larangan ketika berpuasa. Semangat dan keazaman mereka untuk berfikir dan melakukan perbuatan baik juga meningkat. Dalam erti kata lain, berpuasa seperti memandu mereka untuk berfikir sesuatu yang tidak pernah terlintas langsung di minda mereka. Bagi sesetengah individu pula, bulan ini digunakan untuk berehat sambil melakukan amal yang soleh dan perbuatan mulia.
Di dalam kalimat yang lain, Bediuzzaman Said Nursi menerangkan bagaimana semua pancaindera orang berpuasa beralih arah dalam pengabdian:
Kejayaan yang bermakna ketika berpuasa ialah dengan menjadikan semua pancaindera dan organ seperti mata, telinga, hati, dan fikiran turut sama berpuasa bersama-sama perut. Dengan ini akan mengelakkannya dari melakukan perkara yang sia-sia dan mendorongnya melakukan amalan pengabdian.
Salah satu hikmah dari berpuasa ialah membolehkan seseorang itu menzahirkan kesyukuran di atas segala rahmat yang Allah limpahkan. Musibatlah bagi mereka yang menggunakan sewenangnya rahmat Allah tetapi tidak tahu untuk berterima kasih pada yang memberi. Bagi mereka semua rahmat ini merupakan hak yang memang patut diterimanya. Allah banyak menyarankan kepada hamba-Nya di dalam Al-Quran supaya sentiasa bersyukur di atas rahmat yang dikurnai-Nya. Allah juga berjanji akan melipatgandakan rahmat bagi mereka yang bersyukur.
Orang yang berpuasa juga akan dilindungi Allah dari segala hasutan syaitan untuk melupakan manusia dari bersyukur. Mereka yang tidak pernah merenung untuk berfikir berapa banyak kurniaan yang telah Allah turunkan akan mula mengucapkan syukur berulang kali di atas segala peluang dan kesihatan yang dikecapinya. Bediuzzaman Said Nursi megatakan bahawa berpuasa di bulan Ramadhan adalah "kunci kepada kebenaran, keikhlasan, kemuncak dan kesejagatan syukur".
Tambahan pula, mereka yang berpuasa akan merasai betapa kerdilnya dirinya di hadapan Allah dan memahami betapa perlunya dirinya kepada Allah. Segala desakan nafsunya menjadi lemah dan kesombongannya bertukar luntur. Memetik dari buku Bediuzzaman Said Nursi:
Bulan Ramadhan akan mengubah jiwa naluri seseorang. Dari sekaya-kaya menjadi semiskin-miskin kerana memahami bahawa harta itu bukan miliknya malah kepunyaan semua orang. Dirasakan juga dirinya tidaklah merdeka tetapi adalah hamba. Diketahui sekiranya tidak diterima sebarang arahan, tidak akan berupaya melakukan sebarang kerja mudah dan senang ibarat tidak dapat menyentuhkan tangan ke dalam air.
Selain pelbagai faedah yang diperolehi dari berpuasa, kesabaran juga antara karakter yang boleh dipupuk dan meyakini kesengsaraan itu mendidik untuk memajukan seseorang. Sebab itulah Bediuzzaman Said Nursi mengatakan: "puasa itu merupakan penawar bagi mereka yang kurang kesabaran dan kurang ketahanan walaupun digabungkan masalah dua orang dalam satu individu". Semua ganjaran yang Allah janjikan akan dikurniakan bagi mereka yang memenuhi kewajipan dengan berpuasa untuk meningkatkan keimanan kepada-Nya. Semua ganjaran ini merupakan balasan di atas ketaatan kepada agama yang dilakukan dengan penuh semangat walaupun orang lain tidak tahu betapa payahnya ketika berhadapan dengan kelaparan ini.Apa yang dijelaskan tidaklah merangkumi semua faedah yang diperolehi dari bulan Ramadhan dan puasa. Ada banyak lagi kebaikan yang tidak kita ketahui atau tidak dihargai tetapi Allah tetap mengurniakannya pada kita di sebalik kewajipan puasa itu.

FITNAH AKHIR ZAMAN

Dedah aurat menempah dosa dan laknat Allah! Wanita di zaman ini telah ramai meninggalkan ajaran islam. Mereka berpakaian tetapi telanjang, meniru pakaian orang kafir yang jelas haram hukumnya. Dan mereka memuja (fanatik) pakaian artis yang terang-terang bertentangan dengan hukum islam, mereka suka berpakaian yang ketat, singkat dan nipis, mendedahkan rambut, dada dan pusat. Mereka mendedahkan tubuh (aurat) dan mengiklankannya dikhalayak ramai dengan sombong, megah, hilang malu dan harga diri. Dan tidak takut lagi kepada dosa dan azab (laknat) Allah!

Pemerintah, mufti-mufti, alim ulamak, para khatib, ustaz-ustazah, pendakwah, para suami, ibu bapa dan masyarakat tidak bersungguh-sungguh untuk menasihati dan mencegahnya. Akhirnya berlakulah zina, maksiat-maksiat dan buang anak (bayi) dengan bermaharajalela di dalam kehidupan manusia hari ini, akibat daripada penyakit mendedahkan aurat dan pergaulan bebas di antara laki-laki dan wanita tanpa batas-batas agama dan undang-undang, maka akan tibalah waktu-waktu bala kemurkaan daripada Allah!

OLEH ITU MARILAH KITA SEGERA TAUBAT DAN KEMBALI KEPADA HUKUM-HUKUM ALLAH SEMENTARA NYAWA MASIH ADA DI DALAM JASAD. WAHAI MEREKA-MEREKA YANG BERTANGGUNGJAWAB, SESUNGGUHNYA KAMU SEKALIAN AKAN DISOAL OLEH ALLAH PADA HARI AKHIRAT DAN KAMU SEKALIAN TIDAK SEKALI-KALI AKAN TERLEPAS DARIPADA AZAB ALLAH YANG AMAT BERAT!

KAMI MENUNTUT UNDANG-UNDANG ISLAM UNTUK KEMBALIKAN HAK DAN MARUAH WANITA DAN UMAT ISLAM ZAMAN INI.


Firman Allah;
“Allah yang mencintakan kamu kepada iman, dan Allah yang menghias iman itu dalam hati kamu, dan Allah membencikan kamu kepada kufur (kekafiran) dan perlanggaran (kefasikan) dan maksiat dosa. Merekalah orang yang dapat petunjuk, itu semua kurniaan dari Allah dan nikmat, dan Allah maha mengetahui lagi bijaksana.” (Al-Hujaraat: 8 )

Wednesday, July 14, 2010

Sumbangan Sempena Bulan Ramadhan 1431

AJK Surau telah bersetuju sumbangan bulan ramadhan tahun ini ditetapkan sebanyak RM10.00 bagi setiap keluarga Islam di Taman Mahsuri. Sumbangan ini untuk membiayai program di bulan ramadhan seperti tazkirah, imam jemputan, qiamullail dan lain-lain perbelanjaan. Adalah diharapkan semua penduduk di Taman Mahsuri dapat memberi kerjasama bagi menjayakan kutipan ini. Kutipan akan dijalankan oleh AJK mengikut fasa masing-masing mulai dari sekarang hingga hujung bulan ini.

Terima kasih

Sunday, July 4, 2010


Solat, keselamatan dari azab
Solat yang dilaksanakan dengan sempurna dapat menyelamatkan tuannya daripada seksaan kubur. Imam At-Tabrani telah meriwayatkan, bahawa Rasulullah SAW bermimpi tentang seorang lelaki yang sedang diazab di dalam kubur, kemudian datang solat yang dikerjakannya lalu menyelamatkannya dari azab kubur tersebut. Begitu juga solat akan menjadi penyelamat pada hari Kiamat bagi sesiapa yang memelihara dan menjaganya semasa hidup di dunia. Dalam hubungan ini, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Sesiapa yang memelihara solat, maka solatnya akan menjadi cahaya, bukti (keimanan) dan menyelamatkannya pada hari Kiamat.” (Riwayat Imam Ahmad)
Seterusnya, Rasulullah SAW telah memberi jaminan kepada umat Islam, bahawa mereka tidak akan dimasukkan ke dalam neraka sekiranya mereka sentiasa memelihara solat, terutamanya solat Asar dan solat Subuh. Sabda baginda SAW yang bermaksud:
“Pasti tidak akan masuk neraka seseorang yang bersembahyang sebelum terbit matahari (Subuh) dan sebelum matahari tenggelam (Asar).” (Riwayat Imam Muslim)
Ingatlah amaran Allah SWT!
Marilah kita sama-sama hayati amaran tegas yang telah disampaikan oleh Rasulullah SAW terhadap orang-orang yang meninggalkan solat. Antaranya adalah sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Sesiapa yang tidak solat, maka tiada agama baginya.” (Riwayat as-Sayuti)
“Sesiapa yang meninggalkan solat Asar, maka terhapuslah segala pahala amalannya.” (Riwayat Imam Bukhari)
“Sesungguhnya apabila seseorang mukmin menunaikan solat, maka segala dosanya datang kepadanya lalu diletakkan pada bahagian kepala dan tengkuknya. Setiap kali dia rukuk dan sujud, segala dosanya itu akan jatuh berguguran.”
“Perkara pertama yang dihisab terhadap seseorang hamba ialah solat. Jika solatnya baik, maka baiklah segala amalannya. Jika solatnya rosak, maka rosaklah segala amalannya yang lain.” (Riwayat at-Tabarani)
Oleh itu, sesiapa yang tidak menunaikan solat kerana sibuk dengan kerajaannya, dia akan dibangkitkan bersama Fir’aun. Jika seseorang itu tidak menunaikan solat kerana sibuk dengan kementeriannya, dia akan dibangkitkan bersama Haman. Jika seseorang itu tidak menunaikan solat kerana sibuk menguruskan hartanya, dia akan dibangkitkan bersama Qarun. Begitu juga sesiapa yang tidak menunaikan solat kerana sibuk mengendalikan perniagaannya, dia akan dibangkitkan bersama dengan Ubay bin Khalaf. Sedarlah kesemua mereka itu akan dimasukkan ke dalam neraka.
Ayuh kita pelihara solat kita!
Ayuh wahai saudaraku! Marilah kita semua menjaga dan memelihara solat dalam kehidupan seharian kita, kerana solat itu adalah tiang seri agama kita. Renungi sabda Rasulullah SAW:
“As-Solatu imaduddin, faman aqamaha faqad aqamad din, waman tarakaha faqad hadamad din.”
Maksudnya: “Solat adalah tiang seri agama, maka sesiapa yang menunaikan solat, maka sesungguhnya dia telah menegakkan agama, dan sesiapa yang meninggalkan solat, maka sesungguhnya dia telah meruntuhkan agama”.
Sesungguhnya Islam itu telah dibina di atas solat, di samping mengucap dua kalimah syahadah, haji, puasa dan zakat.

Mari Bersolat

Peristiwa Isra’ dan Mi’raj yang disambut setiap tahun amat sinonim dengan ibadat solat, yang merupakan satu-satunya ibadat yang difardhukan secara langsung oleh Allah SWT kepada Rasulullah SAW tanpa perantaraan Malaikat. Lantaran itu, solat mendapat kedudukan yang istimewa dalam Islam. Solat adalah penghubung hamba dengan Tuhannya, penghapus dosa dan pendinding daripada maksiat, serta keselamatan daripada azab kubur dan azab neraka. Rasulullah SAW pernah menyifatkan solat sebagai ciri pembeza di antara Islam dan kekufuran. Sabda baginda SAW yang bermaksud:
“Perbezaan antara seseorang dan kekafiran ialah dengan meninggalkan solat.” (Riwayat Imam Muslim)
Solat, kefardhuan yang tiada tolak ansur
Solat merupakan ibadat tetap yang tidak luput kefardhuannya dalam apa jua keadaan. Ia mesti ditunaikan oleh setiap muslim yang mukallaf, tidak kira sama ada ketika ia sihat atau sakit, semasa lapang atau sibuk, musafir atau muqim, kaya atau miskin, raja atau rakyat biasa, semasa aman atau perang dan sebagainya. Oleh kerana itu, solat merupakan tiang seri bagi agama Islam. Kefardhuan solat ini jelas berbeza dengan ibadat-ibadat fardhu yang lain. Sebagai contoh, ibadat haji hanya wajib kepada orang-orang yang berkemampuan, manakala zakat pula hanya wajib bagi orang-orang Islam yang mempunyai harta, yang cukup nisab dan haulnya. Demikian pula dengan puasa, yang wajib dikerjakan oleh muslimin yang sihat dan mampu melaksanakannya.
Solat, penghubung hamba dengan Tuhannya
Solat adalah tali penghubung di antara seorang hamba dengan Allah SWT. Ia merupakan amalan yang paling disukai oleh Allah sebagaimana yang diterangkan oleh Rasulullah SAW dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad yang bermaksud:
“Janganlah kamu meninggalkan solat dengan sengaja kerana sesiapa yang meninggalkannya dengan sengaja, penjagaan atau pemeliharaan Allah dan RasulNya telah terlepas dari dirinya.” (Riwayat Imam Ahmad)
Solat, penghapus dosa dan menjauhkan dari melakukan maksiat
Solat adalah penghapus dosa bagi hamba-hamba yang menzalimi diri mereka. Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud:
“Mahukah kamu aku tunjukkan sesuatu yang jika kamu lakukannya, Allah mengampunkan segala dosa dan meninggikan darjat kamu? Para sahabat menjawab: Ya, wahai Rasulullah! Baginda menjawab: Menyempurnakan wudhuk meskipun ketika sukar (seperti dalam keadaan terlalu sejuk), memperbanyakkan langkah ke masjid dan menunggu solat yang berikutnya setelah selesai solat sebelumnya, kerana yang demikian itu adalah perbuatan mewakafkan diri untuk melaksanakan ibadat yang berpanjangan.” (Riwayat Imam Muslim)
Kita sering mendengar firman Allah SWT yang berikut setiap kali azan berkumandang di televisyen:
“Sesungguhnya solat itu mencegah kamu dari melakukan maksiat dan perkara mungkar.” (Al-Ankabut: 45)
Adakah kita memahami maksud ayat yang agung ini lantas memeriksa solat yang kita tunaikan selama ini, adakah diterima oleh Allah SWT? Adakah solat yang kita tunai selama ini membawa perubahan pada tingkah laku dan akhlak kita?

Friday, June 25, 2010

Gotong-royong Di Surau As-Syakirin

Gotong-royong bulanan akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

27 Jun 2010 - Ahad
25 Julai 2010 - Ahad
08 Ogos 2010 - Ahad
26 Sept 2010 - Ahad
24 Okt 2010 - Ahad
28 Nov 2010 - Ahad
26 Dis 2010 - Ahad

Tuesday, June 1, 2010

Jenazah Yang Istimewa Dan Dirahmati

Semoga apa yang diceritakan ini memberikan iktibar dan pengajaran kepada kita semua. Mari kita hayati kisah ini sama-sama. Kisah-kisah yang ingin saya paparkan di sini kalau ia boleh menyentuh perasaan dan ketidakselesaan muslimin-muslimat, saya mintak maaf banyak-banyak. Niat saya hanya nak berkongsi cerita dengan para muslimin-muslimat sekalian.
Meninggal Dunia Ketika Lepas Solat Asar

Ustaz (di sini saya namakan Ustaz M) yang diamanahkan untuk mengendalikan kursus jenazah ini sudah berpengalaman hampir 10 tahun dalam mengendalikan urusan mandi jenazah di sekitar Lembah Kelang dan Malaysia . Beliau amat terkenal dikalangan jemaah masjid di sekitar lembah Kelang ini. Malah beliau juga selalu berulang-alik ke merata negeri seperti pantai timur semenanjung dan utara selatan untuk menguruskan mana-mana jenazah yang dibawa ke masjid yang memerlukan khidmat tangan beliau. Saya nak mulakan kisah ini dengan kisah yang pertama. Kisah ini berlaku pada seorang imam di selatan KL yang meninggal dunia ketika lepas solat Asar.
Imam tersebut meghembus nafasnya yang terakhir sebaik sahaja selesai memberi salam yang pertama. Subhanallah! Matinya dalam keadaan yang amat murni. Murni di sini maksud saya, matinya bukan dalam keadaan berbuat maksiat pada Allah SWT. Mati ketika habis solat dan masih di atas tikar sejadah dan sedang beribadah! Jenazahnya telah di bawa ke hospital X untuk urusan pemeriksaan rutin (medical check-up) dan urusan-urusan lain yang perlu untuk pengurusan pengkebumian.Pihak hospital X telah memanggil ustaz M untuk urusan mandian jenazah. Maka bergegaslah ustaz M ke hospital untuk urusan tersebut sebab bagi beliau, jenazah yang hendak dimandikan ini begitu istimewa pada pandangannya, kerana roh si mati telah dicabut oleh malaikat Izrael ketika mana sedang mengimami solat!Sebaik sampai di hospital, ada sedikit masalah yang timbul. Pihak hospital telah mendapati bahawa jenazah imam tersebut tidak mempunyai sebarang pengenalan diri, dan pihak hospital atas bantuan rakan-rakan jenazah mendapat tahu, jenazah imam ini adalah meupakan orang luar. Maknanya seorang imigran, yang bermastautin di negara kita. Rentetan daripada kes ini, pihak hospital X terpaksalah menyimpan dahulu jenazah tersebut untuk beberapa hari bagi urusan dokumentasi dengan pihak berwajib sehinga selesai dan kemudian itu barulah segala urusan yang berkaitan pengebumian akan dilaksanakan. Yang pasti terkilannya sudah tentu ustaz M. Kerjanya sudah sedikit terbantut pada hari itu. Sebelum itu, hatinya sudah pun begitu berbunga untuk menguruskan jenazah imam yang dimuliakan Allah SWT ini. Tentu ada kelebihan tersendiri kenapa imam tersebut pengakhiran rohnya di atas tikar sejadah! Maka, jenazah imam tersebut pun dimasukkanlah ke dalam 'freezer' (maaf, saya tak tahu apa istilah pembeku mayat ini) di dalam bilik mayat hospitalX buat sementara waktu. Lapan hari berlalu. Ustaz M dah mula nak melupakan pasal jenazah imam ini. Tapi, dengan takdir Allah SWT, hari ke-9, telefon bimbit ustaz M berbunyi."Nampak macam no hospital nie", getus hati ustaz M."Hello, ustaz M ye?". satu suara bertanya."Ya, ustaz M bercakap". "Ustaz ingat lagi tak mayat imam yang meninggal masa solat Asar tempohari?", sang suara meminta kepastian.. "Imam.imam. .yanng mana satu..ermm. .oh.ya. .ya..ingat.. .ingat. ", ustaz M memberi kepastian dalam ingat-ingat lupanya.
"Dokumen dah siap, boleh ustaz datang sepital, uruskan tak?", beritahu sangsuara ringkas. "Ok..ok., sekarang juga aku bergerak, setengah jam lagi aku sampai! ", balas ustaz M. Lega hati ustaz M. Dapat juga dia uruskan mayat tersebut setelah beberapa hari 'pending'. Ingatkan dah tak jadi apa-apa dah. Lama bebenor pihak hospital nak mengurus kan dokumennya. Sampai di hospital, ustaz M yang baru tiba diarahkan ke bilik mayat. Di bilik mayat telah ada beberapa orang saksi di kalangan pegawai hospital dan juga polis serta saksi-saksi lain termasuk rakan-rakan jenazah imam tersebut. Semua saksi ini diperlukan kerana inilah 'prosedur' yang telah ditetap oleh pihak berwajib. Sebab jenazah dah berhari-hari di situ.. Tambahan pula jenazah orang luar.
Bismillahir Rohmaanir Rohiim.. Dengan bersaksikan mata sekeliling yang memandang, ustaz M menarik 'stretcher ' peti sejuk beku mayat tersebut dengan perlahan-lahan. .. Subhanallah! Mayat imam ini masih lagi segar merah. Mayat ini juga berpeluh! Macam mana simpan dalam peti ais berhari-hari boleh berpeluh? Korang tak payah jawablerrr.. ..Seolah- olah imam ni baru aje meninggal sebentar tadi. Mayatnya tidak keras dan tidak pula membeku! Macam orang sedang tidur. Ustaz M kelu lidahnya. Begitu juga orang di sekeliling. Istimewa sungguh mayat ini. Kalau daging mayat biasa dah lama mengeras dan membeku. Masya-Allah! Sekali lagi perkara pelik berlaku.terdapat pula pada dahi jenazah imam ini, tertera satu kalimah tauhid iaitu perkataan "ALLAH"! Semua orang di sekitar dapat menyaksikan peristiwa ini. Tiada perkataan lain yang keluar dari mulut mereka melainkan tasbih memuji Allah SWT meniti di bibir masing-masing di atas apa yang berlaku. Semakin bersemangatlah nampaknya ustaz M nak menguruskan jenazah tersebut. Yerlah, siapa yang tak suka pada sesuatu yang molek dan membahgiakan kan ?..Jenazah imam itu dimandi, dikapan dan disembahyangkan dengan segera sebagaimana biasa. Semua proses ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Semuanya berjalan amat mudah. Allah SWT telah pun memuliakan jenazah imam ini di dunia lagi atas jasa-jasa dia yang Allah SWT sahaja yang mengetahuinya.Mengikut ustaz M lagi, lepas semua tu selesai, dia ada juga bertanya pada rakan-rakan Allahyarham apa yang diamalkan oleh Allahyarham semasa hidup sehingga mendapat pengiktirafan yang begitu tinggi daripada Allah SWT masakematiaanya.Jawapan yang didapati daripada rakan-rakannya ialah selain daripada seorang yang berbudi pekerti mulia dan seorang imam yang baik, amalan semasa hidupnya ialah tidak pernah tinggal bangun malam dan bersolat tahajjud. Semua amalan ini dilakukkanya secara istiqamah. Ditambah pula oleh amalan-amalan lain yang tidak dapat dilihat oleh rakan-rakan arwah, yang mana hanya Allah SWT sahaja Yang Maha Mengetahuinya.

Tuesday, May 25, 2010

GOTONG-ROYONG DI SURAU AS-SYAKIRIN, TAMAN MAHSURI

Satu program gotong-royong akan diadakan pada tarikh berikut:

Tarikh : 30.5.10 (Ahad)
Jam : 7.30 pagi

Semua penduduk-penduduk Taman Mahsuri di jemput hadir beramai-ramai untuk menjayakan program tersebut. Kerjasama daripada semua penduduk di ucapkan ribuan terima kasih.

Mesyuarat Penubuhan AJK Penaja Pembinaan Masjid Di Taman Mahsuri

Satu mesyuarat untuk menubuhkan AJK penaja/badan bertindak untuk membina masjid baru di Taman Mahsuri akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh ; 29.5.10
Hari : Sabtu
Waktu : 9.00 malam di Surau As-Syakirin, Tmn Mahsuri

Semua AJK surau As-Syakirin dan AJK surau Taman Lagenda dijemput hadir.

Terima kasih

Saturday, May 15, 2010

3 PERKARA YANG MENGHANCURKAN MANUSIA

Ketua pemuda ahli syurga, Hasan bin Ali radhiaLlahu anhuma, di dalam himpunan nasihat dan kata – kata hikmah yang terakam di dalam sejarah ketinggian ilmu dan budinya pernah bekata;

“Kehancuran manusia adalah pada 3 perkara:
1) Sifat takabbur.
2) Sifat Tamak.
3) Sifat dengki.

Adapun sifat takabbur, ia menghancurkan ugama dan kerananyalah iblis dilaknat oleh Allah. Sifat tamak pula, ia adalah musuh kepada diri sendiri dan kerananyalah nabi Adam dikeluarkan daripada syurga. Manakala sifat dengki adalah pengepala kepada kejahatan dan kerananyalah Qabil telah sanggup membunuh Habil.” ( Kitab ‘Allimu auladakum hubba aali baiti al nabi. ms 30 )

Mesyuarat AJK Surau 2/10

Kepada semua AJK surau satu mesyuarat akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh: 16.5.10
Hari : Ahad
Waktu : selepas solat Isyak

Agenda : i) Ucapan Pengerusi
ii) Pengesahan minit mesyuarat AJK 1/10
iii) Pengesahan laporan kewangan
iv) Program bulan Ramadhan 1431
v) lain-lain hal

Semua AJK dimestikan hadir

T.kasih

KECURIAN KIPAS ANGIN DI SURAU

Pada hari Jumaat lepas iaitu pada 7.5.10, lebih kurang jam 4.00ptg berlaku kecurian kipas angin sebanyak 5 biji di surau. Kejadian ini disedari semasa jemaah hendak mengerjakan solat asar. Satu laporan polis telah dibuat oleh ketua MKK Taman Mahsuri (saudara Mohd Zaidi Wahab)pada petang hari kejadian. Ini merupakan kehilangan kali kedua selepas surau kehilangan radio pada tahun 2008.

Adalah diharapkan kepada penduduk di kawasan surau dapat menolong memantau di kawasan surau agar kejadian ini dapat dielakkan. Sekiranya terdapat pihak-pihak yang mencurigakan sila lapor kepada polis atau maklumkan kepada AJK surau. Kerjasama tuan\puan amat diharapkan supaya dapat membendung kejadian ini.

Kepada sesiapa yang hendak memberi sumbangan kepada surau bolehlah menghubungi AJK surau.

Thursday, April 29, 2010

Sungai Di Dasar Laut


Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery' pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau, ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.

Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan (surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez. Ayat itu berbunyi "Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan.. ."Artinya: "Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus." Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.

Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi "Yakhruju minhuma lu'lu`u wal marjaan" ertinya "Keluar dari keduanya mutiara dan marjan." Padahal di muara sungai tidak ditemukan mutiara.Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur'an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur'an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera.Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur'an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannya mutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam.

Allahu Akbar...! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung.

Thursday, April 22, 2010

SOLAT BERJEMAAH

* Mutiara Hadis *



Dari Abu Musa r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Orang yang paling besar mendapat pahala solat (sembahyang) ialah orang yang paling jauh berjalan ke tempat solat berjemaahnya. Dan orang yang menunggu-nunggu waktu solat berjemaah pula pahalanya lebih besar daripada orang yang solat sendirian”.

(Sumber dari buku Terjemahan Riadhus Shalihin 1 oleh Salim Bahreisy)

Wednesday, April 21, 2010


Gambar semasa mesyuarat agong surau kali ke-4






Aktiviti seni Silat Gayong Sundang Pusaka di T.Mahsuri




Gambar semasa Sambutan Mauidur Rasul 1431 di Tmn Lagenda



Gambar contoh baju T-shirt surau As-Syakirin, Taman Mahsuri.
Sesiapa yang berminat boleh menghubungi Bendahari/Setiausaha surau untuk membeli T-shirt tersebut. Harga sehelai RM23.00 (membeli sambil menderma)

CERAMAH AGAMA

SATU CERAMAH AGAMA AKAN DIADAKAN DI SURAU AS-SYAKIRIN, TAMAN MAHSURI, PADANG SERAI PADA KETETAPAN BERIKUT:

TARIKH: 29.4.2010 (KHAMIS)
MASA : SELEPAS SOLAT MAGHRIB
PENCERAMAH: UST MUTALIB MAAROF
(Mudir Yayasan An-Nadhoh)


*Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir beramai-ramai

Thursday, April 15, 2010

Hindari Ungkapan Syirik

>> Monday, March 8, 2010

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، قَالَ: قَالَ رَجُلٌ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَا شَاءَ اللَّهُ وَشِئْتَ, قَالَ: "أَجَعَلْتَنِي مَعَ اللهِ نِدًّا؟ لَا بَلْ مَا شَاءَ اللَّهُ وَحْدَهُ".

Maksudnya: "Daripada Ibn 'Abbas r.a. katanya: Seorag lelaki berkata kepada Nabi s.a.w.: "Apa yang Allah kehendaki dan apa yang engkau kehendaki (wahai Rasulullah). Jawab Nabi s.a.w.: Apakah engkau hendak menjadikan aku sekutu bersama dengan Allah?, Jangan, bahkan (sebenarnya katakanlah): Apa yang hanya dikehendaki oleh Allah." (H.R. al-Tabrani, al-Bukhari di dalam al-Adab al-Mufrad. Hadith ini disahihkan oleh al-Albani di dalam al-Silsilah al-Sahihah)

Pengajaran Hadith: Menggandingkan kehendak Allah dan kehendak makhluk adalah suatu perkataan syirik. Perkara ini jelas dapat dilihat apabila baginda s.a.w. membantah perkataan lelaki tersebut yang menggandingkan kehendak Allah dengan kehendak baginda s.a.w. Ungkapan seperti ini termasuk di dalam syirikh perkataan yang dilarang di dalam agama. Termasuk di dalam kategori ungkapan-ungkapan syirik ini ialah:
1. Perkataan seseorang kepada kawannya: "Aku hanya ada Allah dan engkau sahaja."
2. "Aku berserah diri kepada ALlah dan engkau sahaja."
3. "Dengan nama Allah dan tanah air"
4. "Dengan nama Allah dan bangsa.
"Ungkapan-ungkapan ini dan yang seumpama dengannya adalah termasuk di dalam ungkapan-ungkapan syirikh yang wajib dijauhi. Orang yang pernah mengungkapkan perkataan ini perlu bertaubat kepada Allah dari kesalahannya itu. Menjauhi ungkapan-ungkapan seperti ini termasuk memelihara adab bersama Allah s.w.t.Walahu a'lam. (Diolah dari lamanweb: بلغوا عني ولو آية)

Monday, April 12, 2010

Bayaran Khairat Kematian, Taman Mahsuri

Maklumat Khairat Kematian adalah seperti berikut:

1. Tarikh akhir bayaran khairat kematian sebelum 11 Jun 2010.
2. Kadar bayaran: Ahli lama RM30 setahun. Ahli baru Rm50. Sila jelaskan bayaran kepada AJK yang telah dilantik mengikut fasa.

Perhatian: Sesiapa yang gagal menjelaskan bayaran Khairat Kematian di dalam tempoh yang diberikan, akan terbatal keahliannya. Jika dia ingin menyambung semula, bayaran sebanyak RM50 sama seperti ahli baru.

Thursday, April 1, 2010

Mesyuarat Agung Surau As-Syakirin Tmn Mahsuri

Keputusan mesyuarat Agung Surau As-Syakirin, Taman Mahsuri

Senarai AJK 2010-2012

Pengerusi: Ust Zulkifli b Ishak
Tim Pengerusi: Ust Mohd Ali b Ismail
Setiausaha: Anuar bin Eshak
Pen Setiausaha: Mohd Fisal b Hashim
Bendahari: Shamsol Kamal b Shaari
Pen Bendahari: Abd Rahman b Ahmad
AJK : Mohd Shukri b Ahmad Fasa 3B
Ust Mohd Ikhwan b Ismail Fasa 3C
Mohd Zaidi b Wahab Fasa 1A
Hafidan Othman Fasa 4C
Abd Rahman Mat Desa Fasa 3C
Imran Osman Fasa 3C
Mohd Amran Omar Fasa 2A
Roshdi Harun Fasa 3B
Fauzi Hussain Fasa 3
Fauzi Salleh Fasa 2A
Mansor Abd Wahab Fasa 2A

Sunday, March 21, 2010

NOTIS MESYUARAT TABUNG KHAIRAT KEMATIAN 2010

Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Tabung Khairat Kematian akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 11.4.2010
Masa/Hari: Selepas solat Isyak/Ahad
Tempat : Surau As-Syakirin, Taman Mahsuri

Semua ahli tabung khairat dijemput hadir bagi menjayakan mesyuarat tersebut.

Terima kasih

Anuar
S/U Surau

Tuesday, March 9, 2010

Bar Kod Yang Mempunyai Lemak Babi

1 E 100 16 E 280 31 E 434 46 E 482
2 E 110 17 E 300 32 E 435 47 E 483
3 E 120 18 E 301 33 E 436 48 E 491
4 E 140 19 E 325 34 E 440 49 E 492
5 E 141 20 E 326 35 E 441 50 E 493
6 E 153 21 E 327 36 E 470 51 E 494
7 E 160 22 E 334 37 E 471 52 E 495
8 E 161 23 E 335 38 E 472 53 E 542
9 E 210 24 E 336 39 E 473 54 E 570
10 E 213 25 E 337 40 E 474 55 E 572
11 E 214 26 E 422 41 E 475 56 E 631
12 E 216 27 E 430 42 E 476 57 E 635
13 E 234 28 E 431 43 E 477 58 E 904
14 E 252 29 E 432 44 E 478 59 E 920
15 E 270 30 E 433 45 E 481

Awas dan berwaspada kod-kod di atas elakkan dari membeli dan memakan makanan yang mempunyai kod bar di atas.

Monday, March 1, 2010

Gambar ekslusif barangan Nabi Muhammad SAW

Ekslusif Gambar Barangan Nabi Muhammad S.A.W
Assalamualaikum...Syukur Alhamdulillah,kita beruntung dapat menatap gambar barangan Rasulullah SAW. Gambar-gambar ini kebanyakan adalah koleksi yang tersimpan dari berbagai tempat di beberapa negara: Muzium Topkapy di Istambul Turki, Jordania, Iraq dan negara-negara Timur Tengah lainnya. Selamat merasakan kelazatan menatap peninggalan-peninggalan ini. Semoga kerinduan kita semakin memuncak kepada Nabi Muhammad S.A.W, Kekasih Allah Insya-allah.Baju gamis Nabi SAW yang lusuh dan robek-robek. Ya Allah … betapa sederhananya baju pemimpin dunia yang suci dan agung ...!!Rasa nak menitik air mata melihat pakaian dan barangan peribadi Rasulullah SAW. Baginda yang sememangnya mendapat tempat di Syurga tertinggi pun begitu zuhud sekali.Kita begitu sibuk mengumpul harta dunia sedangkan hidup di dunia hanya sementara sahaja. Kehidupan di Akhirat adalah kehidupan yang kekal. Jika di dunia yang fana ini kita begitu cintakan dunia, layakkah kita nak masuk Syurga. Adakah kita mampu menahan siksaan api neraka?Gambar-gambar ekslusif ni dikongsikan dengan tujuan supaya kita muhasabah diri kita. Kita ikhlas berbelanja seluar Levi’s yang berharga RM200 +, RM60-RM70 untuk sehelai t’shirt, berapa ratuskah yang kita ikhlas keluar untuk jalan Allah?Kita sanggup menonton siaran langsung bolasepak dari menghayati Maal Hijrah, kita sanggup bersengkang mata mengadap laptop dari sembahyang tahajjud, kita mengagungkan pemimpin yang macamana? Kita mengamalkan riba dalam jual beli, kita tak kisah halal haram dalam kehidupan. Kita menghina mereka yang ingin memperjuangkan Islam . "Ya Allah tunjukkan kami jalan yang benar dan ampunkan dosa kami".Sebahagian dari baju Gamis Rasulullah yang telah robek.Baju,tongkat dan barang-barang Rasulullah SAW.Bekas tapak kaki Baginda Rasulullah SAWJubah Rasulullah SAWSandal Rasulullah S.A.WCop surat rasmi Rasulullah SAW.

Perkahwinan 'Aisyah'


Perkahwinan ‘A-isyah: Persoalan Umur Yang Menjadi Pertikaian
>> Friday, February 19, 2010
#fullpost{display:none;}
Riwayat selain dari Hisham bin 'UrwahPertama:
حدثنا عبد بن حميد. أخبرنا عبدالرزاق. أخبرنا معمر عن الزهري، عن عروة، عن عائشة رضي الله عنها ؛ أن النبي صلى الله عليه وسلم تزوجها وهي بنت سبع سنين. وزفت إليه وهي بنت تسع سنين. ولعبها معها. ومات عنها وهي بنت ثمان عشرة
Maksudnya: "Menceritakan kepada kami 'Abd bin Humaid, 'Abd al-Razaq mengkhabarkan kepada kami, Ma'mar mengkhabarkan kepada kami daripada al-Zuhri, daripada 'Urwah daripada 'A-isyah r.a.: Bahawa Nabi s.a.w. mengahwininya, ketika itu beliau berumur 7 tahun, dan beliau diserahkan kepada baginda ketika berumur 9 tahun, ketika itu permainannya masih bersamanya. Dan baginda wafat, ketika umur 'A-isyah 18 tahun." (H.R. Imam Muslim di dalam Kitab Sahihnya, Kitab al-Nikah, Bab Tazwij al-Abb al-Bikr al-Soghirah)Kedua:
و حدثنا ‏ ‏يحيى بن يحيى ‏ ‏أخبرنا ‏ ‏أبو معاوية ‏ ‏عن ‏ ‏هشام بن عروة ‏ ‏ح ‏ ‏و حدثنا ‏ ‏ ابن نمير ‏ ‏واللفظ له ‏ ‏حدثنا ‏ ‏عبدة هو ابن سليمان ‏ ‏عن ‏ ‏هشام ‏ ‏عن ‏ ‏أبيه ‏ ‏عن ‏ ‏عائشة ‏ ‏قالت: تزوجني النبي ‏ ‏ صلى الله عليه وسلم ‏ ‏وأنا بنت ست سنين ‏ ‏ وبنى بي ‏ ‏وأنا بنت تسع سنين
Maksudnya: Daripada Yahya bin Yahya, ABu Mu'awiyah menceritakan kepada kami daripada Hisham bin 'Urwah (ح) dan Ibn Numair menceritakan kepada kami dan hadith ini adalah lafaz daripadanya (Ibn Numair), menceritakan kepada kami 'Abdah iaitulah anak Sulaiman daripada Hisham daripada bapanya daripada 'A-isyah, kata beliau: Nabi s.a.w. mengahwiniku ketika aku berusia 6 tahun, dan baginda bersama dengannya ketika aku berusia 9 tahun." (Ibid)
Read more...
checkFull("post-" + "8456509396745414610");

Posted by bin sahak at 11:09 PM 0 comments

Saturday, February 27, 2010

MESYUARAT AGONG SURAU DAN KHAIRAT KEMATIAN TAHUN 2010



Adalah dimaklumkan bahawa satu mesyuarat agong surau dan tabung khairat kematian akan diadakan pada bulan Mac 2010. Notis surat mesyuarat akan diedarkan dalam masa terdekat ini. Di harap para penduduk bersedia untuk menghadiri mesyuarat tersebut, terima kasih.

Thursday, February 25, 2010

Sempena Maulid al-Rasul


Surau as-Syakirin akan menganjurkan Tayangan Perdana sempena Maulid al-Rasul, "Sang Murabbi" pada:

Tarikh: Jumaat, 26 Feb 2010
Masa: Selepas Isyak

Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir bersama keluarga.