Monday, March 1, 2010

Perkahwinan 'Aisyah'


Perkahwinan ‘A-isyah: Persoalan Umur Yang Menjadi Pertikaian
>> Friday, February 19, 2010
#fullpost{display:none;}
Riwayat selain dari Hisham bin 'UrwahPertama:
حدثنا عبد بن حميد. أخبرنا عبدالرزاق. أخبرنا معمر عن الزهري، عن عروة، عن عائشة رضي الله عنها ؛ أن النبي صلى الله عليه وسلم تزوجها وهي بنت سبع سنين. وزفت إليه وهي بنت تسع سنين. ولعبها معها. ومات عنها وهي بنت ثمان عشرة
Maksudnya: "Menceritakan kepada kami 'Abd bin Humaid, 'Abd al-Razaq mengkhabarkan kepada kami, Ma'mar mengkhabarkan kepada kami daripada al-Zuhri, daripada 'Urwah daripada 'A-isyah r.a.: Bahawa Nabi s.a.w. mengahwininya, ketika itu beliau berumur 7 tahun, dan beliau diserahkan kepada baginda ketika berumur 9 tahun, ketika itu permainannya masih bersamanya. Dan baginda wafat, ketika umur 'A-isyah 18 tahun." (H.R. Imam Muslim di dalam Kitab Sahihnya, Kitab al-Nikah, Bab Tazwij al-Abb al-Bikr al-Soghirah)Kedua:
و حدثنا ‏ ‏يحيى بن يحيى ‏ ‏أخبرنا ‏ ‏أبو معاوية ‏ ‏عن ‏ ‏هشام بن عروة ‏ ‏ح ‏ ‏و حدثنا ‏ ‏ ابن نمير ‏ ‏واللفظ له ‏ ‏حدثنا ‏ ‏عبدة هو ابن سليمان ‏ ‏عن ‏ ‏هشام ‏ ‏عن ‏ ‏أبيه ‏ ‏عن ‏ ‏عائشة ‏ ‏قالت: تزوجني النبي ‏ ‏ صلى الله عليه وسلم ‏ ‏وأنا بنت ست سنين ‏ ‏ وبنى بي ‏ ‏وأنا بنت تسع سنين
Maksudnya: Daripada Yahya bin Yahya, ABu Mu'awiyah menceritakan kepada kami daripada Hisham bin 'Urwah (ح) dan Ibn Numair menceritakan kepada kami dan hadith ini adalah lafaz daripadanya (Ibn Numair), menceritakan kepada kami 'Abdah iaitulah anak Sulaiman daripada Hisham daripada bapanya daripada 'A-isyah, kata beliau: Nabi s.a.w. mengahwiniku ketika aku berusia 6 tahun, dan baginda bersama dengannya ketika aku berusia 9 tahun." (Ibid)
Read more...
checkFull("post-" + "8456509396745414610");

Posted by bin sahak at 11:09 PM 0 comments

No comments:

Post a Comment