Sunday, November 20, 2011

Kelas Fardu Ain Sempena Cuti Sekolah 2011

  Adalah dimaklumkan bahawa kelas Fardu Ain 2011 sempena cuti sekolah akan diadakan disurau As-syakirin Taman Mahsuri pada 29.11.11 - 22.12.11.  Tempat adalah terhad sesiapa yang  berminat bolehlah berhubung dengan s/u atau ajk surau untuk pendaftaran (RM30.00) seorang.

Wednesday, November 2, 2011

PENDAFTARAN KELAS KAFA

Pendaftaran Kelas KAFA bagi tahun 2012 akan dibuka mulai 9.1.2012, sesiapa yang berminat untuk menghantar anak mereka bolehlah mendapatkan borang pendaftaran daripada pihak pengurusan surau As-Syakirin, Taman Mahsuri mulai pertengahan bulan November 2011.

Sekian harap maklum

Tuesday, October 11, 2011

Makluman Kuliah Maghrib

Kuliah maghrib bersama Tuan Guru Baba Saudi Hj Ahmad dari pondok Kok Po, Patani akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh: 20.10.2011
Masa: Lepas Maghrib
Tempat: Surau As-Syakirin, Taman Mahsuri

Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir

Gambar Sekitar Sambutan Jamuan Hari Raya Aidilfitri Di Surau As-Syakirin, Taman Mahsuri


YB, Tuan Imam bersama penghulu sedang menjamu selera

Ucapan dari YB Ustz Aishah pada malam tersebut
Orangramai sedang mendapatkan makanan yang disediakan oleh pihak pengurusan surau

Tuesday, October 4, 2011

PERHATIAN IBADAH KORBAN 1432

KEPADA SESIAPA YANG TELAH MENDAFTAR UNTUK MENYERTAI IBADAH KORBAN DI SURAU ASY-SYAKIRIN TAMAN MAHSURI, SILA MEMBUAT BAYARAN DENGAN SEGERA AGAR DAPAT MELICINKAN PENGURUSAN.

Tuesday, September 6, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI DARI SELURUH AJK SURAU ASY-SYAKIRIN TAMAN MAHSURI


Perutusan Aidil Fitri dari kami......

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Bersyukur kepada Allah di atas segala kurniaannya, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Kita Muhammad SAW,Setelah kita berjihad melawan hawa nafsu kini kita menyambut hari Fitrah. Kita mengharapkan tarbiyah ramadhan ini akan berkekalan pada diri kita, Amin....

Anak Jamaah sekelian....... Alhamdulillah kita telah melalui Ramadhan ini dengan rancangan dan program yang disusun, antaranya majlis berbuka puasa, Tazkirah, Penyampaian bantuan, Qiamullail, kuliah subuh dan berbagai program yang dapat dilaksanakan, kami menygucapkan ribuan terima kasih atas sokongan dan pengorbanan jamaah sekelian.

Terima kasih juga atas sumbangan yang tuan/puan hulurkan, terima kasih juga kepada para petugas PKWR Merbau Pulas, YB Aishah Ghazali (Exco kebajikan Negeri Kedah), Tuan Imam masjid jamek An-Najah, S/u dan AJK Masjid, MKK dan Imam, siak, bilal, tukang masak, S/U surau, Bendahari, semua AJK dan sesiapa sahaja yang sama-sama membantu.

Akhir sekali sampaikan salam aidilfitri pengerusi kepada semua anak jamaah, Minal Aidi Wal Faizin.........Wassalam

Thursday, August 18, 2011

MAJLIS BERBUKA PUASA DAN PENYAMPAIAN BANTUAN KEPADA FAKIR MISKIN

Majlis berbuka puasa dan penyampaian bantuan kepada fakir miskin akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh: 20 Ogos 2011
Masa : 5.30 petang

Agenda: 5.30 ptg - kehadiran tetamu
5.45 ptg - bacaan Al-Quran oleh Qari jemputan
6.00 ptg - ucapan aluan oleh Pengerusi Surau As-Syakirin
6.15 ptg - Ucapan oleh YB atau wakil
6.40 ptg - penyamapaian bantuan kepada fakir miskin
7.00 mlm - tazkirah dan doa selamat
7.32 mlm - berbuka puasa dan solat maghrib
8.45 mlm - solat isyak dan terawih
10.00 mlm- tazkirah

"SEMUA PENDUDUK DAN JEMAAH DIJEMPUT HADIR"

Monday, August 8, 2011

TAHNIAH......Program Keceriaan Masjid dan Surau 2011



Pengerusi surau Asy-Syakirin, menerima sijil dan Hadiah dari Seikh Radzi, Pegawai Tadbir Agama, Kulim Bandar Baru. Dalam majlis pertandingan pengisian dan keceriaan surau dan Masjid DUN Merbau Pulas.

Tahniah! kepada semua AJK Surau As-Syakirin, Taman Mahsuri, Padang Serai, Kedah Darul Aman di atas kejayaan memperolehi tempat kedua di dalam pertandingan program keceriaan Masjid dan surau di bawah DUN Merbau Pulas. Mudah-mudahan keceriaan ini dikekalkan dan dapat memperolehi keputusan yang lebih baik pada tahun hadapan. Hadiah ini telah disampaikan oleh Exco YB Taulan Rasul pada 7.8.2011 baru-baru ini di Masjid An-Najah Padang Serai.

Adalah diharapkan semua AJK dan semua Jamaah dapat memberi kerjasama yang berterusan untuk memakmurkan lagi surau ini.

Wednesday, August 3, 2011

Tazkirah Bulan Ramadhan 2011

Jadual tazkirah ada disertakan di papan kenyataan Surau As-Syakirin, Taman Mahsuri. Tuan\puan dijemput untuk sama-sama mengikuti program yang telah disusun. Pihak AJK surau As-syakirin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1432 mudah-mudahan dapat meningkatkan ketakwaan kepada Allah swt.

Thursday, July 14, 2011

SUMBANGAN BULAN RAMADHAN 1432

UNTUK MAKLUMAN SEMUA PENDUDUK-PENDUDUK ISLAM TAMAN MAHSURI, PADANG SERAI, KEDAH DARUL AMAN, BAHAWA SUMBANGAN BULAN RAMADHAN TAHUN INI IALAH SEBANYAK RM10.00 SETIAP KELUARGA. SUMBANGAN BOLEHLAH DISALURKAN KEPADA AJK SURAU MULAI SEKARANG SEHINGGA BULAN RAMADHAN. SESIAPA YANG INGIN MENGANJURKAN MOREH BOLEHLAH BERHUBUNG DENGAN AJK SURAU ATAU SETIAUSAHA UNTUK TUJUAN PENYUSUNAN JADUAL.

TERIMA KASIH

Monday, June 13, 2011

Tabung Khairat Kematian 2011

Untuk makluman semua penduduk/ahli Tabung Khairat Kematian Taman Mahsuri sekarang ini dibawah pengurusan Surau As-Syakirin, Taman Mahsuri sepenuhnya mulai tahun ini. Sebarang masaalah bolehlah menghubungi Pengerusi, Setiausaha atau Bendahari surau. Untuk makluman semua ahli/penduduk, kutipan yuran tahunan 2011 telah ditutup. Ahli yang tidak membayar yuran tahunan secara automatik telah terkeluar dari keahlian tabung khairat kematian. Sekian harap maklum.

Wednesday, April 20, 2011

Kuliah Bulanan Di Surau As-Syakirin, Taman Mahsuri

Kepada semua Muslimin & Muslimat boleh dapatkan jadual kuliah surau bagi setiap bulan dan tuan-tuan / puan dijemput menghadiri kuliah yang diadakan hampir setiap bulan.

Terima kasih

Friday, April 8, 2011

Bayaran Khairat Kematian Tahun 2011

Untuk makluman semua ahli khairat kematian Taman Mahsuri bahawa bayaran khairat kematian bagi tahun 2011 boleh dibayar mulai sekarang sebanyak RM30.00 dan kepada ahli baru bolehlah mendapatkan borang baru dari AJK surau (bayaran RM50.00)Tarikh akhir pembayaran ialah sebelum bulan Jun 2011 (akhir Mei). Selepas itu ahli yang tidak membayar yuran tersebut akan dilucutkan keahliannya. Harap maklum!

Wednesday, March 16, 2011

Friday, February 25, 2011

Mesyuarat Agong Surau As-Syakirin, Taman Mahsuri

Mesyuarat Agong Surau akan diadakan pada bulan Mac 2011, tarikh akan diberitahu kelak melalui surat kepada semua penduduk. Mesyuarat ini tidak ada pemilihan AJK dan diharapkan semua penduduk akan hadir pada mesyuarat berkenaan nanti. Terima kasih

Kutipan Dana Surau 2011

Adalah dimaklumkan kutipan untuk dana surau bagi tahun 2011 akan bermula pada hari Ahad ini, dan diharapkan semua penduduk memberi kerjasama kepada AJK surau yang mengutip dari rumah ke rumah. Jumlah kutipan ialah sebanyak RM12.00 bagi setiap keluarga di Taman Mahsuri. Sekian harap maklum.

Saturday, January 8, 2011

Ibadah Korban 2011

Program Ibadah Korban 2011 di Surau As-Syakirin, Taman Mahsuri di buka kepada semua penduduk-peduduk yang ingin menyertai bolehlah mendaftar dengan setiausaha atau AJK surau. Bayaran ansuran boleh dibuat iaitu RM35.00 sebulan selama 10 bulan atau sebelum hari raya haji 2011. Satu bahagian RM350.00. Harap maklum.

Majlis Pendaftaran Kelas KAFA 2011

Adalah dimaklumkan bahawa pendaftaran kelas KAFA tahun 2011 di Surau As-Syakirin, Taman Mahsuri akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh : 9.1.2011
Hari : Ahad
Masa : Pagi ~ 9 - 12.00tgh
Petang ~ 3.00 - 4.30ptg

Kepada sesiapa yang ingin menghantar anak mereka bolehlah datang ke surau seperti masa di atas. Kelas KAFA akan bermula mulai 10.1.2011(Isnin). Kelas pagi mulai jam 8.00- 11.00 pagi, petang mulai 3.00 - 6.00 petang. Pendaftaran RM50.00, bulanan RM20.00 harap maklum.