Tuesday, June 19, 2012

KUTIPAN DANA SURAU TAHUN 2012

Kepada semua Penduduk-Penduduk Islam Taman Mahsuri, Padang Serai kutipan dana surau tahun 2012 ialah RM15.00 sebuah rumah.  Tuan-tuan boleh menjelaskan dana tersebut kepada AJk surau, terima kasih

Saturday, April 14, 2012

Program Korban Tahun 2012

Program Korban pada tahun 2012 masih lagi terbuka kepada penduduk yang ingin menyertai bolehlah menghubungi s/u atau ajk surau. Sebarang maklumat bolehlah menghubungi su di talian 0195555684 (Anuar).

Terima kasih

Kuliah Maghrib

Kuliah maghrib bersama pendakwah/mudir dari Lampung, Indonesia akan diadakan pada ketetapan seperti berikuT:

Tarikh: 19.4.12
Hari : Khamis
Penceramah: Ust Nur Salam

"Semua muslimin/muslimat dijemput hadir"

Friday, February 3, 2012

Mesyuarat AjK ke 6 Surau Assyakirin

Mesyuarat AJK kali ke 6 akan diadakan pada ketetapan berikut:

tarikh: 12.2.2012 (Ahad)
Masa: lepas Isyak

*semua AJK dimestikan hadir bagi membincangkan agenda-agenda berikut:

-Tarikh dan agenda mesyuarat agong surau
-mesyuarat agong tabung khairat kematian
-perlantikan baru Jawatankuasa surau
-penyusunan aktiviti tahunan 2012/2013

Terima kasih

Pembetulan Penceramah Maulidul Rasul

Terdapat perubahan penceramah sempena Maulidur Rasul di surau As-Syakirin, Taman Mahsuri pada 5.2.12 ni, iaitu Ust Idrus Ahmad digantikan oleh Ust Abd Hadi Razak, harap maklum.

T.kasih

Wednesday, February 1, 2012

CERAMAH MAULIDUR RASUL 1433

SATU CERAMAH SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1433 AKAN DIADAKAN SEPERTI KETETAPAN BERIKUT:

TARIKH: 5.2.12 @ 12 RABIULAWWAL 1433
MASA : SELEPAS SOLAT MAGHRIB / AHAD
PENCERAMAH: UST IDRUS AHMAD

"SEMUA KAUM MUSLIMIN & MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI"

Friday, January 27, 2012

Ceramah Bob Lokman Di surau Asy-Syakirin

klik gambar untuk besarkan

AJK dan petugas bergambar bersama Bob Lokman

Assalamualaikum Warahmatullah.....

Alhamdulillah pada 26 januari 2012, ceramah Bob Lokman telah dapat dilaksanakan di surau Asy-Syakirin, Kehadiran Amat membanggakan. Terima Kasih kepada AJK dan petugas dan terima kasih juga kepada muslimin dan muslimat yang hadir.

Segala sumbangan yang di hulurkan samaada tenaga atau harta kami sangat hargai, mudah-mudahan ianya berkat.....

Wednesday, January 25, 2012

Salam Tahun Baru

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....
Teririmg Salam dan doa kepada semua jamaah dan pelayar blog surau asy syakirin, mohon maaf banyak sebab blog kami tergendala dengan masalah teknikal. Al- Hamdulillah kami akan aktif semula, selepas ini di Blog Surau Asy-Syakirin dengan wajah baru ini. Membuka tirai 2012 ini surau asy syakirin menampilkan penampilan istimewa :