Tuesday, May 25, 2010

GOTONG-ROYONG DI SURAU AS-SYAKIRIN, TAMAN MAHSURI

Satu program gotong-royong akan diadakan pada tarikh berikut:

Tarikh : 30.5.10 (Ahad)
Jam : 7.30 pagi

Semua penduduk-penduduk Taman Mahsuri di jemput hadir beramai-ramai untuk menjayakan program tersebut. Kerjasama daripada semua penduduk di ucapkan ribuan terima kasih.

Mesyuarat Penubuhan AJK Penaja Pembinaan Masjid Di Taman Mahsuri

Satu mesyuarat untuk menubuhkan AJK penaja/badan bertindak untuk membina masjid baru di Taman Mahsuri akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh ; 29.5.10
Hari : Sabtu
Waktu : 9.00 malam di Surau As-Syakirin, Tmn Mahsuri

Semua AJK surau As-Syakirin dan AJK surau Taman Lagenda dijemput hadir.

Terima kasih

Saturday, May 15, 2010

3 PERKARA YANG MENGHANCURKAN MANUSIA

Ketua pemuda ahli syurga, Hasan bin Ali radhiaLlahu anhuma, di dalam himpunan nasihat dan kata – kata hikmah yang terakam di dalam sejarah ketinggian ilmu dan budinya pernah bekata;

“Kehancuran manusia adalah pada 3 perkara:
1) Sifat takabbur.
2) Sifat Tamak.
3) Sifat dengki.

Adapun sifat takabbur, ia menghancurkan ugama dan kerananyalah iblis dilaknat oleh Allah. Sifat tamak pula, ia adalah musuh kepada diri sendiri dan kerananyalah nabi Adam dikeluarkan daripada syurga. Manakala sifat dengki adalah pengepala kepada kejahatan dan kerananyalah Qabil telah sanggup membunuh Habil.” ( Kitab ‘Allimu auladakum hubba aali baiti al nabi. ms 30 )

Mesyuarat AJK Surau 2/10

Kepada semua AJK surau satu mesyuarat akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh: 16.5.10
Hari : Ahad
Waktu : selepas solat Isyak

Agenda : i) Ucapan Pengerusi
ii) Pengesahan minit mesyuarat AJK 1/10
iii) Pengesahan laporan kewangan
iv) Program bulan Ramadhan 1431
v) lain-lain hal

Semua AJK dimestikan hadir

T.kasih

KECURIAN KIPAS ANGIN DI SURAU

Pada hari Jumaat lepas iaitu pada 7.5.10, lebih kurang jam 4.00ptg berlaku kecurian kipas angin sebanyak 5 biji di surau. Kejadian ini disedari semasa jemaah hendak mengerjakan solat asar. Satu laporan polis telah dibuat oleh ketua MKK Taman Mahsuri (saudara Mohd Zaidi Wahab)pada petang hari kejadian. Ini merupakan kehilangan kali kedua selepas surau kehilangan radio pada tahun 2008.

Adalah diharapkan kepada penduduk di kawasan surau dapat menolong memantau di kawasan surau agar kejadian ini dapat dielakkan. Sekiranya terdapat pihak-pihak yang mencurigakan sila lapor kepada polis atau maklumkan kepada AJK surau. Kerjasama tuan\puan amat diharapkan supaya dapat membendung kejadian ini.

Kepada sesiapa yang hendak memberi sumbangan kepada surau bolehlah menghubungi AJK surau.