Selamat Datang ke Blog Surau as-Syakirin, Taman Mahsuri, Padang Serai, Kedah, Darul Aman
Thursday, April 29, 2010
Sungai Di Dasar Laut
Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery' pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau, ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.
Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan (surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez. Ayat itu berbunyi "Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan.. ."Artinya: "Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus." Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.
Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi "Yakhruju minhuma lu'lu`u wal marjaan" ertinya "Keluar dari keduanya mutiara dan marjan." Padahal di muara sungai tidak ditemukan mutiara.Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur'an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur'an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera.Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur'an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannya mutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam.
Allahu Akbar...! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung.
Thursday, April 22, 2010
SOLAT BERJEMAAH
* Mutiara Hadis *
Dari Abu Musa r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Orang yang paling besar mendapat pahala solat (sembahyang) ialah orang yang paling jauh berjalan ke tempat solat berjemaahnya. Dan orang yang menunggu-nunggu waktu solat berjemaah pula pahalanya lebih besar daripada orang yang solat sendirian”.
(Sumber dari buku Terjemahan Riadhus Shalihin 1 oleh Salim Bahreisy)
Dari Abu Musa r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Orang yang paling besar mendapat pahala solat (sembahyang) ialah orang yang paling jauh berjalan ke tempat solat berjemaahnya. Dan orang yang menunggu-nunggu waktu solat berjemaah pula pahalanya lebih besar daripada orang yang solat sendirian”.
(Sumber dari buku Terjemahan Riadhus Shalihin 1 oleh Salim Bahreisy)
Wednesday, April 21, 2010
Gambar contoh baju T-shirt surau As-Syakirin, Taman Mahsuri.
Sesiapa yang berminat boleh menghubungi Bendahari/Setiausaha surau untuk membeli T-shirt tersebut. Harga sehelai RM23.00 (membeli sambil menderma)
CERAMAH AGAMA
SATU CERAMAH AGAMA AKAN DIADAKAN DI SURAU AS-SYAKIRIN, TAMAN MAHSURI, PADANG SERAI PADA KETETAPAN BERIKUT:
TARIKH: 29.4.2010 (KHAMIS)
MASA : SELEPAS SOLAT MAGHRIB
PENCERAMAH: UST MUTALIB MAAROF
(Mudir Yayasan An-Nadhoh)
*Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir beramai-ramai
TARIKH: 29.4.2010 (KHAMIS)
MASA : SELEPAS SOLAT MAGHRIB
PENCERAMAH: UST MUTALIB MAAROF
(Mudir Yayasan An-Nadhoh)
*Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir beramai-ramai
Thursday, April 15, 2010
Hindari Ungkapan Syirik
>> Monday, March 8, 2010
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، قَالَ: قَالَ رَجُلٌ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَا شَاءَ اللَّهُ وَشِئْتَ, قَالَ: "أَجَعَلْتَنِي مَعَ اللهِ نِدًّا؟ لَا بَلْ مَا شَاءَ اللَّهُ وَحْدَهُ".
Maksudnya: "Daripada Ibn 'Abbas r.a. katanya: Seorag lelaki berkata kepada Nabi s.a.w.: "Apa yang Allah kehendaki dan apa yang engkau kehendaki (wahai Rasulullah). Jawab Nabi s.a.w.: Apakah engkau hendak menjadikan aku sekutu bersama dengan Allah?, Jangan, bahkan (sebenarnya katakanlah): Apa yang hanya dikehendaki oleh Allah." (H.R. al-Tabrani, al-Bukhari di dalam al-Adab al-Mufrad. Hadith ini disahihkan oleh al-Albani di dalam al-Silsilah al-Sahihah)
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، قَالَ: قَالَ رَجُلٌ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَا شَاءَ اللَّهُ وَشِئْتَ, قَالَ: "أَجَعَلْتَنِي مَعَ اللهِ نِدًّا؟ لَا بَلْ مَا شَاءَ اللَّهُ وَحْدَهُ".
Maksudnya: "Daripada Ibn 'Abbas r.a. katanya: Seorag lelaki berkata kepada Nabi s.a.w.: "Apa yang Allah kehendaki dan apa yang engkau kehendaki (wahai Rasulullah). Jawab Nabi s.a.w.: Apakah engkau hendak menjadikan aku sekutu bersama dengan Allah?, Jangan, bahkan (sebenarnya katakanlah): Apa yang hanya dikehendaki oleh Allah." (H.R. al-Tabrani, al-Bukhari di dalam al-Adab al-Mufrad. Hadith ini disahihkan oleh al-Albani di dalam al-Silsilah al-Sahihah)
Pengajaran Hadith: Menggandingkan kehendak Allah dan kehendak makhluk adalah suatu perkataan syirik. Perkara ini jelas dapat dilihat apabila baginda s.a.w. membantah perkataan lelaki tersebut yang menggandingkan kehendak Allah dengan kehendak baginda s.a.w. Ungkapan seperti ini termasuk di dalam syirikh perkataan yang dilarang di dalam agama. Termasuk di dalam kategori ungkapan-ungkapan syirik ini ialah:
1. Perkataan seseorang kepada kawannya: "Aku hanya ada Allah dan engkau sahaja."
2. "Aku berserah diri kepada ALlah dan engkau sahaja."
3. "Dengan nama Allah dan tanah air"
4. "Dengan nama Allah dan bangsa.
"Ungkapan-ungkapan ini dan yang seumpama dengannya adalah termasuk di dalam ungkapan-ungkapan syirikh yang wajib dijauhi. Orang yang pernah mengungkapkan perkataan ini perlu bertaubat kepada Allah dari kesalahannya itu. Menjauhi ungkapan-ungkapan seperti ini termasuk memelihara adab bersama Allah s.w.t.Walahu a'lam. (Diolah dari lamanweb: بلغوا عني ولو آية)
Monday, April 12, 2010
Bayaran Khairat Kematian, Taman Mahsuri
Maklumat Khairat Kematian adalah seperti berikut:
1. Tarikh akhir bayaran khairat kematian sebelum 11 Jun 2010.
2. Kadar bayaran: Ahli lama RM30 setahun. Ahli baru Rm50. Sila jelaskan bayaran kepada AJK yang telah dilantik mengikut fasa.
Perhatian: Sesiapa yang gagal menjelaskan bayaran Khairat Kematian di dalam tempoh yang diberikan, akan terbatal keahliannya. Jika dia ingin menyambung semula, bayaran sebanyak RM50 sama seperti ahli baru.
Thursday, April 1, 2010
Mesyuarat Agung Surau As-Syakirin Tmn Mahsuri
Keputusan mesyuarat Agung Surau As-Syakirin, Taman Mahsuri
Senarai AJK 2010-2012
Pengerusi: Ust Zulkifli b Ishak
Tim Pengerusi: Ust Mohd Ali b Ismail
Setiausaha: Anuar bin Eshak
Pen Setiausaha: Mohd Fisal b Hashim
Bendahari: Shamsol Kamal b Shaari
Pen Bendahari: Abd Rahman b Ahmad
AJK : Mohd Shukri b Ahmad Fasa 3B
Ust Mohd Ikhwan b Ismail Fasa 3C
Mohd Zaidi b Wahab Fasa 1A
Hafidan Othman Fasa 4C
Abd Rahman Mat Desa Fasa 3C
Imran Osman Fasa 3C
Mohd Amran Omar Fasa 2A
Roshdi Harun Fasa 3B
Fauzi Hussain Fasa 3
Fauzi Salleh Fasa 2A
Mansor Abd Wahab Fasa 2A
Senarai AJK 2010-2012
Pengerusi: Ust Zulkifli b Ishak
Tim Pengerusi: Ust Mohd Ali b Ismail
Setiausaha: Anuar bin Eshak
Pen Setiausaha: Mohd Fisal b Hashim
Bendahari: Shamsol Kamal b Shaari
Pen Bendahari: Abd Rahman b Ahmad
AJK : Mohd Shukri b Ahmad Fasa 3B
Ust Mohd Ikhwan b Ismail Fasa 3C
Mohd Zaidi b Wahab Fasa 1A
Hafidan Othman Fasa 4C
Abd Rahman Mat Desa Fasa 3C
Imran Osman Fasa 3C
Mohd Amran Omar Fasa 2A
Roshdi Harun Fasa 3B
Fauzi Hussain Fasa 3
Fauzi Salleh Fasa 2A
Mansor Abd Wahab Fasa 2A
Subscribe to:
Posts (Atom)